BLOG CIKGU ZUL-MAJDI
Educate! smart is great.
Tuesday, April 19, 2016
Monday, April 18, 2016
PEMBAHAGIAN MELIBATKAN TATATANDA INDEKS T3
Wednesday, September 28, 2011
Tuesday, September 27, 2011
Contoh Laporan Khidmat Masyarakat Pendidikan Sivik Ting. 2
Contoh muka hadapan :
PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
TINGKATAN 2
Tema : Hidup Bermasyarakat
Nama Projek : Projek mengindahkan kawasan sekolah
Tarikh Pelaksanaan Projek : 2 Ogos 2011
Tempat : Kelas ______
Guru Penasihat : En. Muhamad Zul-Majdi Bin Dzulkifli
Ahli Kumpulan Projek :
Pengerusi : _______________________
Setiausaha : _______________________
Bendahari : _______________________
AJK : _______________________
_______________________
_______________________
-------------------------------------------------------------------------------------
Contoh Kandungan :
KANDUNGAN
BIL
|
PERKARA
|
MUKA SURAT
|
1
|
oBJEKTIF
|
|
2
|
PERANCANGAN
|
|
3
|
BELANJAWAN
PROJEK
|
|
4
|
KERJA
AMALI
|
|
5
|
REFLEKSI
|
|
6
|
CADANGAN
DAN KOMEN
|
|
7
|
PENGHARGAAN
|
|
8
|
GAMBAR
|
|
9
|
RUJUKAN
|
|
10
|
LAMPIRAN
:
|
|
BORANG
REFLEKSI INDIVIDU
|
||
MINIT
MESYUARAT
|
||
LAPORAN
KERJA AMALI
|
||
CARTA
GANTT
|
-------------------------------------------------------------------------------------
Contoh objektif projek :
OBJEKTIF
i)
Mengeratkan
hubungan persaudaraan antara pelajar-pelajar kelas 2 ___ melalui aktiviti yang
melibatkan saling bekerjasama dan percaya-mempercayai antara satu sama lain.
ii) Bergotong-royong membersihkan dan
menceriakan kawasan kelas supaya lebih selesa dan kondusif .
iii) Memberi perangsang dan motivasi kepada
ahli kelas melalui aktiviti melukis mural berkenaan semangat patriotik dan
penyemaian amalan membaca
-------------------------------------------------------------------------------------Contoh perancangan :
Perancangan
Projek
ini telah dirancang sejak bulan Julai 2011.
Perancangan awal dilakukan supaya
projek ini bejalan lancar. Pemilihan
projek ini dicadangkan oleh ahli kumpulan berdasarkan aktiviti dalam tema Hidup
Bermasyarakat Tingkatan 2. Idea ini
tercetus atas cadangan Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan sebagai
salah satu usaha untuk mengindahkan kawasan sekolah.
Pelbagai
pihak telah terlibat dalam menjayakan projek ini. Keinzinan pengetua dan sokongan guru
penasihat banyak membantu kami dalam merancang projek ini. Sebagai salah satu usaha untuk menambah
motivasi pelajar-pelajar kelas ini guru penasihat telah mencadangkan agar aktiviti
melukis mural dijalankan dengan menulis kata-kata motivasi ataupun kata-kata
yang dapat memupuk semangat patriotisme.
Beberapa
mesyuarat dan perjumpaan telah diadakan untuk menyelaraskan projek ini. Setiap keputusan mesyuarat dan
perjumpaan telah diminitkan (Rujuk Lampiran I).
Perlantikan AJK dan agihan tugas dilakukan secara adil dan saksama bagi
setiap ahli kumpulan. Anggaran
pendapatan dan perbelanjaan dibuat agar projek ini tidak melebihi pendapatan
yang ada. Berikut adalah anggaran
belanjawan bagi perjalanan projek ini.
-------------------------------------------------------------------------------------
Contoh belanjawan :
BELANJAWAN PROJEK MENGINDAHKAN KAWASAN SEKOLAH
Pendapatan
|
RM
|
Perbelanjaan
|
RM
|
Sumber Paniti
Sivik
Sumber Ahli
|
-
RM12
|
Cat
Berus Lukisan
Kertas A4
Binding
Fotokopi
Gambar
Printing
|
-
RM2
RM2
RM2
RM2
RM2
RM2
|
JUMLAH
|
RM12
|
JUMLAH
|
RM12
|
-------------------------------------------------------------------------------------
Contoh laporan kerja amali :
Kerja
Amali
Pada
2 Ogos 2011, kami seramai 6 orang telah bermesyuarat dan membuat pembahagian
tugas. Kami juga telah merancang dan memilih kata-kata yang sesuai bagi
menghiasi projek khidmat masyarakat ini. Kami telah sepakat memilih kata-kata
berikut yang akan dilukis pada dinding kelas kami:
PERPADUAN TERAS KEJAYAAN
Sepanjang
minggu bermula dari 2 Ogos 2011 sehingga 5 Ogos 2011 kami telah menjalankan
aktiviti melakar mural supaya aktiviti mewarna akan jadi lebih kemas dan
lancar. Aktiviti melukis mural ini juga merupakan salah satu aktiviti bagi
pelajar-pelajar tingkatan 2 sempena minggu Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Sekolah. Kami sangat berbangga kerana melalui aktiviti ini para pelajar dapat
mencurahkan bakti dalam usaha mengindahkan kawasan sekolah yang tercinta ini.
Kami
berharap agar projek ini mencapai objektif yang telah ditetapkan selain
menyuburkan budaya gotong-rotong dikalangan golongan remaja khususnya para
pelajar.
-------------------------------------------------------------------------------------
Contoh refleksi :
Contoh cadangan dan komen :
-------------------------------------------------------------------------------------
Contoh refleksi :
Refleksi
Setiap
ahli kumpulan telah membuat refleksi tentang kejayaan projek ini dari awal
hingga akhir projek dijalankan. Kami juga memberikan cadangan untuk
menambahbaik pelaksanaan projek dalam khidmat masyarakat dalam masa-masa
hadapan. Setiap ahli kumpulan telah membuat catatan
refleksi masing-masing. (Sila rujuk
Lampiran V).
-------------------------------------------------------------------------------------Contoh cadangan dan komen :
Cadangan Dan Komen
Pada
keseluruhannya, projek ini boleh dianggap berjaya berpandukan hasil aktiviti
melukis mural di kelas kami. Daripada
pemerhatian kami, suasana kelas bertambah ceria dan persahabatan antara pelajar-pelajar
kelas ini semakin erat melalui aktiviti gotong-royong yang telah dijalankan.
Kesimpulannya,
dapat dirumuskan bahawa banyak faedah telah kami perolehi dari projek ini. Di antaranya kami dapat:
·
Mengetahui
kaedah mengadakan dan mengendali mesyuarat.
·
Mengetahui
teknik-teknik menulis minit mesyuarat.
·
Memahami peraturan-peraturan mesyuarat.
·
Memupuk
semangat kerjasama dikalangan ahli.
·
Menjadikan
sesuatu kerja itu lebih mudah dan cepat disiapkan
·
Menjimatkan
masa, wang ringgit dan tenaga melalui aktiviti gotong-royong
·
Mengeratkan
hubungan persaudaraan antara ahli kumpulan, saling bekerjasama dan
percaya-mempercayai.
·
Mendidik
generasi muda tentang kepentingan gotong-royong dan kenapa perlu dikekalkan
·
Membentuk
peribadi dan yang luhur dalam kalangan masyarakat
Walaubagaimanapun, masih terdapat kelemahan yang
boleh diperbaiki seperti :
·
Peruntukan kewangan yang terhad.
·
Kesuntukan
masa semasa menjalankan aktiviti.
Semangat
kerja berpasukan dan kerjasama antara ahli merupakan punca utama kejayaan
projek ini. Tidak lupa juga sokongan padu daripada pihak pengetua dan guru
penasihat, ibu bapa serta ahli kumpulan yang mendorong kami lebih yakin untuk
merealisasikan projek ini.
Kami ingin mencadangkan supaya di masa akan datang diadakan
kempen-kempen kesedaran mengenai pentingnya amalan gotong-royong dalam
kehidupan sehari-harian. Penekanan adalah
lebih kepada golongan remaja khususnya pelajar-pelajar sekolah. Di harap aktiviti gotong-royong akan terus
subur di kalangan warga sekolah, jiran tetangga dan juga masyarakat amnya.
--------------------------------------------------------------------------------------
Penghargaan
Pihak kami ingin mengucapkan jutaan penghargaan dan ucapan
terima kasih kepada pengetua, guru penasihat, guru kelas dan ibu bapa kerana
memberi sokongan untuk menjayakan projek ini.
Ahkir kata, pihak kami mengharapkan projek khidmat masyarakat
pada masa depan benar-benar memberikan sumbangan kepada masyarakat. Pihak kami juga berasa sunguh gembira kerana
telah menyumbang sesuatu kepada masyarakat setempat.
Sekian, terimakasih.
Laporan disediakan oleh:
Tandatangan
( Nama Setiausaha )
Setiausaha,
Projek Mengindahkan Kawasan
Sekolah,
SMK Dato’ Abdul Rahman Andak,
Tuesday, December 28, 2010
Percutian Tanah Tinggi (Genting Highlands) - Part 1
Cuti sekolah hujung tahun ini kami buat keputusan untuk pilih kawasan tanah tinggi untuk bersantai dan rehatkan minda setelah setahun bertukus lumus bertugas di sekolah. Ada cadangan untuk ke Cameron Highland, bukit Fraser, Genting Highland sdan Bukit Tinggi. Setelah merujuk kepada majalah LIBUR - "Selangor Shines", kami sekeluarga decide untuk ke Genting Highlands sebab ada beberapa kawasan lain disekitarnya yang boleh dikunjungi dan juga faktor lokasinya yang tidak terlalu jauh.
Selepas berjaya sampai ke puncak, agenda seterusnya mencari tempat penginapan. Disebabkan kami plan untuk bercuti lama sket 4 hari 3 malam jadi kene la stay dekat budget hotel "D Hill Hotel"- Family room RM150 perday (Ni la satu2nya budget hotel yang ada kat sini, kalo tak kene cari hotel dekat KL!)
GENTING STRAWBERRY LEISURE FARM
Selepas check in kami berehat dan aktiviti seterusnya adalah melawat Genting Strawberry Leisure Farm yang terletak di Gohtong Jaya. Tak perlu jauh-jauh nak petik strawberry kat sini pun boleh petik sendiri strawberry seberapa banyak yang kita nak (min 100g - RM3).
Pengalaman petik strawberry nie memang best sebab excited nak cari mane strawberry yang masak ranum merah dan besar.
Info Genting Highland s:Kami bertolak dari Johor sekitar jam 7.30 pagi dan tiba di Kuala Lumpur sekitar jam 11.00 pagi. Selepas masuk bandar Kuala Lumpur tu pening juga nak cari laluan ke Genting. Banyak kali rujuk peta baru dapat jalan yang betul untuk ke Genting. Tapi bila dah sampai di Genting memang seronok sangat sebab suasana sejuk sangat masa tu dan banyak kabus (mungkin sebab nak hujan). Kami singgah makan tengahari di Gohtong Jaya (ada 2 je restoren melayu) dan terus kan perjalanan mendaki Genting Highlands. Semput juga la kereta nak naik sampai puncak ditambah dengan tiupan angin yang berkabus cemas juga bila jauh sangat mendaki puncak Genting Highlands ni (maklum la skang musim hujan).
Genting Highlands atau Tanah Tinggi Genting (2000m di atas paras laut 3°24′6.51″U, 101°46′2.62″T) ialah puncak gunung yang terletak dalam Banjaran Titiwangsa di Semenanjung Malaysia dan merupakan tempat peranginan yang terkenal di Malaysia. Merentasi sempadan negeri Pahang and Selangor, perjalanan ke Genting Highlands mengambil masa kira-kira sejam dengan kereta dari Kuala Lumpur ataupun melalui kereta kabel bergerak yang terpantas di dunia.Diusahakan oleh Tan Sri Lim Goh Tong.
D' Hill Hotel
GENTING STRAWBERRY LEISURE FARM
Selepas check in kami berehat dan aktiviti seterusnya adalah melawat Genting Strawberry Leisure Farm yang terletak di Gohtong Jaya. Tak perlu jauh-jauh nak petik strawberry kat sini pun boleh petik sendiri strawberry seberapa banyak yang kita nak (min 100g - RM3).
Info : Gune gunting yang disediakan untuk potong srawberry jangan petik guna tangan nanti pokok strawberry tue mati!Selain itu kat sini juga boleh menunggang kuda padi (pony), meawat booth madu, kebun sayur, kebun cendawan dan membeli pelbagai cenderamata berasaskan strawberry.
Saturday, December 25, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)