Gambar Projek Sivik


Di sini

Contoh Laporan Khidmat Masyarakat Pendidikan Sivik Ting. 2

Contoh muka hadapan : 


PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 2 

Tema : Hidup Bermasyarakat
Nama Projek : Projek mengindahkan kawasan sekolah
Tarikh Pelaksanaan Projek : 2 Ogos 2011
Tempat : Kelas ______
Guru Penasihat : En. Muhamad Zul-Majdi Bin Dzulkifli

Ahli Kumpulan Projek :
Pengerusi : _______________________
Setiausaha : _______________________
Bendahari : _______________________
AJK         : _______________________
                   _______________________

                 _______________________

 -------------------------------------------------------------------------------------

Contoh Kandungan :

KANDUNGAN

BIL
PERKARA
MUKA SURAT
1
oBJEKTIF

2
PERANCANGAN

3
BELANJAWAN PROJEK

4
KERJA AMALI

5
REFLEKSI

6
CADANGAN DAN KOMEN

7
PENGHARGAAN

8
GAMBAR

9
RUJUKAN

10
LAMPIRAN :


BORANG REFLEKSI INDIVIDU


MINIT MESYUARAT


LAPORAN KERJA AMALI


CARTA GANTT


-------------------------------------------------------------------------------------

Contoh objektif projek :

OBJEKTIF



i)        Mengeratkan hubungan persaudaraan antara pelajar-pelajar kelas 2 ___ melalui aktiviti yang melibatkan saling bekerjasama dan percaya-mempercayai antara satu sama lain.

ii)       Bergotong-royong membersihkan dan menceriakan kawasan kelas supaya lebih selesa dan kondusif .

iii)     Memberi perangsang dan motivasi kepada ahli kelas melalui aktiviti melukis mural berkenaan semangat patriotik dan penyemaian amalan membaca
 -------------------------------------------------------------------------------------

Contoh perancangan :

 
Perancangan

            Projek ini telah dirancang sejak bulan Julai 2011.  Perancangan awal dilakukan  supaya projek ini bejalan lancar.  Pemilihan projek ini dicadangkan oleh ahli kumpulan berdasarkan aktiviti dalam tema Hidup Bermasyarakat Tingkatan 2.  Idea ini tercetus atas cadangan Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan sebagai salah satu usaha untuk mengindahkan kawasan sekolah.

            Pelbagai pihak telah terlibat dalam menjayakan projek ini.  Keinzinan pengetua dan sokongan guru penasihat banyak membantu kami dalam merancang projek ini.  Sebagai salah satu usaha untuk menambah motivasi pelajar-pelajar kelas ini guru penasihat telah mencadangkan agar aktiviti melukis mural dijalankan dengan menulis kata-kata motivasi ataupun kata-kata yang dapat memupuk semangat patriotisme.
            Beberapa mesyuarat dan perjumpaan telah diadakan untuk menyelaraskan  projek ini. Setiap keputusan mesyuarat dan perjumpaan telah diminitkan (Rujuk Lampiran I).  Perlantikan AJK dan agihan tugas dilakukan secara adil dan saksama bagi setiap ahli kumpulan.  Anggaran pendapatan dan perbelanjaan dibuat agar projek ini tidak melebihi pendapatan yang ada.  Berikut adalah anggaran belanjawan bagi perjalanan projek ini.
 -------------------------------------------------------------------------------------
Contoh belanjawan :


BELANJAWAN PROJEK MENGINDAHKAN KAWASAN SEKOLAH

Pendapatan
RM
Perbelanjaan
RM
Sumber Paniti Sivik
Sumber Ahli
-
RM12
Cat
Berus Lukisan
Kertas A4
Binding
Fotokopi
Gambar
Printing
-
RM2
RM2
RM2
RM2
RM2
RM2
JUMLAH
RM12
JUMLAH
RM12

-------------------------------------------------------------------------------------

Contoh laporan kerja amali :

 
Kerja Amali

            Pada 2 Ogos 2011, kami seramai 6 orang telah bermesyuarat dan membuat pembahagian tugas. Kami juga telah merancang dan memilih kata-kata yang sesuai bagi menghiasi projek khidmat masyarakat ini. Kami telah sepakat memilih kata-kata berikut yang akan dilukis pada dinding kelas kami:

PERPADUAN TERAS KEJAYAAN

            Sepanjang minggu bermula dari 2 Ogos 2011 sehingga 5 Ogos 2011 kami telah menjalankan aktiviti melakar mural supaya aktiviti mewarna akan jadi lebih kemas dan lancar. Aktiviti melukis mural ini juga merupakan salah satu aktiviti bagi pelajar-pelajar tingkatan 2 sempena minggu Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Sekolah. Kami sangat berbangga kerana melalui aktiviti ini para pelajar dapat mencurahkan bakti dalam usaha mengindahkan kawasan sekolah yang tercinta ini.
            Kami berharap agar projek ini mencapai objektif yang telah ditetapkan selain menyuburkan budaya gotong-rotong dikalangan golongan remaja khususnya para pelajar.
 -------------------------------------------------------------------------------------

Contoh refleksi :


Refleksi

            Setiap ahli kumpulan telah membuat refleksi tentang kejayaan projek ini dari awal hingga akhir projek dijalankan. Kami juga memberikan cadangan untuk menambahbaik pelaksanaan projek dalam khidmat masyarakat dalam masa-masa hadapan.  Setiap ahli kumpulan telah membuat catatan refleksi masing-masing.  (Sila rujuk Lampiran V).
 -------------------------------------------------------------------------------------


Contoh cadangan dan komen :

Cadangan Dan Komen

            Pada keseluruhannya, projek ini boleh dianggap berjaya berpandukan hasil aktiviti melukis mural di kelas kami.  Daripada pemerhatian kami, suasana kelas bertambah ceria dan persahabatan antara pelajar-pelajar kelas ini semakin erat melalui aktiviti gotong-royong yang telah dijalankan.

            Kesimpulannya, dapat dirumuskan bahawa banyak faedah telah kami perolehi dari projek ini.  Di antaranya kami dapat:

·                    Mengetahui kaedah mengadakan dan mengendali mesyuarat.
·                    Mengetahui teknik-teknik menulis minit mesyuarat.
·                    Memahami peraturan-peraturan mesyuarat.
·                    Memupuk semangat kerjasama dikalangan ahli.
·                    Menjadikan sesuatu kerja itu lebih mudah dan cepat disiapkan
·                    Menjimatkan masa, wang ringgit dan tenaga melalui aktiviti gotong-royong
·                    Mengeratkan hubungan persaudaraan antara ahli kumpulan, saling bekerjasama dan percaya-mempercayai.
·                    Mendidik generasi muda tentang kepentingan gotong-royong dan kenapa perlu dikekalkan
·                    Membentuk peribadi dan yang luhur dalam kalangan masyarakat

Walaubagaimanapun, masih terdapat kelemahan yang boleh diperbaiki seperti :
·                    Peruntukan kewangan yang terhad.
·                    Kesuntukan masa  semasa menjalankan aktiviti.

Semangat kerja berpasukan dan kerjasama antara ahli merupakan punca utama kejayaan projek ini. Tidak lupa juga sokongan padu daripada pihak pengetua dan guru penasihat, ibu bapa serta ahli kumpulan yang mendorong kami lebih yakin untuk merealisasikan projek ini.

      Kami ingin mencadangkan supaya di masa akan datang diadakan kempen-kempen kesedaran mengenai pentingnya amalan gotong-royong dalam kehidupan sehari-harian.  Penekanan adalah lebih kepada golongan remaja khususnya pelajar-pelajar sekolah.  Di harap aktiviti gotong-royong akan terus subur di kalangan warga sekolah, jiran tetangga dan juga masyarakat amnya.

 -------------------------------------------------------------------------------------- 
Penghargaan

      Pihak kami ingin mengucapkan jutaan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pengetua, guru penasihat, guru kelas dan ibu bapa kerana memberi sokongan untuk menjayakan projek ini.

      Ahkir kata, pihak kami mengharapkan projek khidmat masyarakat pada masa depan benar-benar memberikan sumbangan kepada masyarakat.  Pihak kami juga berasa sunguh gembira kerana telah menyumbang sesuatu kepada masyarakat setempat.

Sekian, terimakasih.

Laporan disediakan oleh:

                Tandatangan
(             Nama Setiausaha            )
Setiausaha,
Projek Mengindahkan Kawasan Sekolah,
SMK Dato’ Abdul Rahman Andak,
Simpang Renggam, Johor. 

GAMBAR AKTIVITI

Di sini

Percutian Tanah Tinggi (Genting Highlands) - Part 1

Cuti sekolah hujung tahun ini kami buat keputusan untuk pilih kawasan tanah tinggi untuk bersantai dan rehatkan minda setelah setahun bertukus lumus bertugas di sekolah. Ada cadangan untuk ke Cameron Highland, bukit Fraser, Genting Highland sdan Bukit Tinggi. Setelah merujuk kepada majalah LIBUR - "Selangor Shines", kami sekeluarga decide untuk ke Genting Highlands sebab ada beberapa kawasan lain disekitarnya yang boleh dikunjungi dan juga faktor lokasinya yang tidak terlalu jauh.
Info Genting Highland s:
Genting Highlands atau Tanah Tinggi Genting (2000m di atas paras laut 3°24′6.51″U, 101°46′2.62″T) ialah puncak gunung yang terletak dalam Banjaran Titiwangsa di Semenanjung Malaysia dan merupakan tempat peranginan yang terkenal di Malaysia. Merentasi sempadan negeri Pahang and Selangor, perjalanan ke Genting Highlands mengambil masa kira-kira sejam dengan kereta dari Kuala Lumpur ataupun melalui kereta kabel bergerak yang terpantas di dunia.Diusahakan oleh Tan Sri Lim Goh Tong.
Kami bertolak dari Johor sekitar jam 7.30 pagi dan tiba di Kuala Lumpur sekitar jam 11.00 pagi. Selepas masuk bandar Kuala Lumpur tu pening juga nak cari laluan ke Genting. Banyak kali rujuk peta baru dapat jalan yang betul untuk ke Genting. Tapi bila dah sampai di Genting memang seronok sangat sebab suasana sejuk sangat masa tu dan banyak kabus (mungkin sebab nak hujan). Kami singgah makan tengahari di Gohtong Jaya (ada 2 je restoren melayu) dan terus kan perjalanan mendaki Genting Highlands. Semput juga la kereta nak naik sampai puncak ditambah dengan tiupan angin yang berkabus cemas juga bila jauh sangat mendaki puncak Genting Highlands ni (maklum la skang musim hujan).

D' Hill Hotel

Selepas berjaya sampai ke puncak, agenda seterusnya mencari tempat penginapan. Disebabkan kami plan untuk bercuti lama sket 4 hari 3 malam jadi kene la stay dekat budget hotel "D Hill Hotel"- Family room RM150 perday (Ni la satu2nya budget hotel yang ada kat sini, kalo tak kene cari hotel dekat KL!)

GENTING STRAWBERRY LEISURE FARM


Selepas check in kami berehat dan aktiviti seterusnya adalah melawat Genting Strawberry Leisure Farm yang terletak di Gohtong Jaya. Tak perlu jauh-jauh nak petik strawberry kat sini pun boleh petik sendiri strawberry seberapa banyak yang kita nak (min 100g - RM3).


Pengalaman petik strawberry nie memang best sebab excited nak cari mane strawberry yang masak ranum merah dan besar.
Info : Gune gunting yang disediakan untuk potong srawberry jangan petik guna tangan nanti pokok strawberry tue mati!
Selain itu kat sini juga boleh menunggang kuda padi (pony), meawat booth madu, kebun sayur, kebun cendawan dan membeli pelbagai cenderamata berasaskan strawberry.

Rancangan Pengajaran Tahunan 2011

Rancangan Pengajaran Tahunan :
Matematik Tambahan Tingkatan 4
Matematik Tingkatan 5

BUKU UNTUK PROGRAM LDP


TAJUK BUKU :

INTERAKTIFKAN LAMAN WEB MENGGUNAKAN BORANG

PENGARANG :
ISKANDAR AB RASHID
ZAITUN ISMAIL

PENERBIT :
VENTON PUBLISHING (M) SDN. BHD.

Untuk anak-anak Malaysia yang cintakan ilmu pengetahuan, khususnya di bidang ICT


SINOPSIS :

Interaktifkan Laman Web Dengan Borang adalah buku yang dituju khas untuk mereka yang ingin membina laman web (laman sesawang) yang mengandungi borang yang berfungsi. Ia amat sesuai untuk pembangun laman sesawang (webmaster), pelajar ICT, pendidik serta sesiapa sahaja yang ingin membina laman web yang mengandungi borang yang berfungsi.

LAMAN WEB DAN DUNIA PENDIDIKAN :
Penggunaan komputer dalam pendidikan telah membawa banyak perkembangan kepada sistem pendidikan yang semakin canggih. Ianya juga membawa reformasi serta perkembangan baru dalam pelbagai bidang pendidikan, khasnya dalam teknologi pendidikan, teori pendidikan, teori pengajaran-pembelajaran, pengurusan sekolah, sistem pentadbiran pendidikan serta kemahiran dan latihan guru.

Penggunaan borang di dalam pembangunan laman web mampu mengubah sesebuah laman web statik kepada laman web yang bersifat dinamik. Melalui penggunaan borang pelbagai fungsi dapat dijalankan seperi forum, soal selidik, sesi pendaftaran dan juga peperiksaan. Namun begitu bagi membangunkan sebuah laman web yang dinamik dan melibatkan pelbagai jenis borang adalah sangat kompleks dan memerlukan masa yang panjang. Bagi mengatasi masalah ini guru-guru boleh menggunakan khidmat blog yang mana ianya telah dilengkapi pelbagai jenis borang, praktikal dan mudah dibangunkan.

Blog (singkatan untuk web log dalam bahasa Inggeris) ialah sebuah laman web yang kemasukan-kemasukannya ditulis menurut urutan kronologi dan dipaparkan dengan tertib terbalik.

Blog memberikan ulasan atau berita mengenai sesuatu tajuk, umpamanya makanan, politik, atau berita tempatan, dengan sesetengah blog berperanan lebih sebagai buku harian peribadi dalam talian. Blog yang tipikal menggabungan teks, imej, dan pautan ke dalam blog, laman web, dan media lain yang berkaitan dengan topiknya. Keupayaan para pembaca untuk meninggalkan ulasan mereka dalam format interaktif merupakan ciri yang utama untuk banyak blog. Kebanyakan blog umumnya adalah blog teks, walaupun sesetengahnya bertumpu pada gambar foto (blog foto), video (vlog), muzik (blog MP3), atau audio (podcasting), dan merupakan sebahagian rangkaian media sosial yang lebih luas.

Melalui blog guru mampu mewujudkan:
1. Sesi perbincangan
2. Pembentangan tugasan pelajar
3. Soal selidik (poll)
4. Mewujudkan Jurnal Reflektif
5. Perbincangan Kajian Tindakan
6. Menyampaikan nota-nota ringkas / peta minda
7. Makluman kepada ibubapa / penjaga
8. Semakan keputusan peperiksaan

CONTOH BLOG PENDIDIKAN :

Blog Mohd Azam Bin Ahmad - Guru Cemerlang Bahasa Melayu
ttp://ajamsari.blogspot.com/

Blog Cikgu Hj Saiful Nizam Hj Mohamed Radzi - Guru Cemerlang Pendidikan Islam
http://abuafif08.blogspot.com/

Blog Cikgu Rahmah - Guru Cemerlang Bahasa Inggeris
http://engoasis.blogspot.com/

Blog Guru Cemerlang Media
http://ismailbinyon.blogspot.com/

Blog Unit Matematik Sek. Men. Sains Muzaffar Shah, Melaka
http://mathsmozac.blogspot.com/

Blog Kelab Astronomi Sek. Men. Sains Muzaffar Shah, Melaka
http://mozacastronomy.blogspot.com/

UNIT GRAFIK WADAH 2010

DRAF MUKA HADAPAN WADAH 2010

Muka hadapan WADAH 2010 adalah berlatarbelakangkan panorama sekolah dan model pelajar PRS dan Penagawas sekolah. Model pelajar yang sedang membaca menunjukkan pihak sekolah amat-amat menekankan budaya membaca dikalangan warga SMK Silabukan. Warna tema purple dipilih supaya harmoni dengan baju pelajar dan warna bangunan sekolah. Kata-kata motivasi "You will become as small as your controlling desire; as great as your dominant aspiration." - James Allen, adalah menunjukkan WADAH 2010 adalah salah satu sumber aspirasi kepada seluruh warga SMK Silabukan. Sebarang cadangan dan penambahbaikkan sila klikk butang comment di bawah.

SENARAI PEMBAHAGIAN TUGAS UNIT GRAFIK

1. Kata-kata aluan - Cik Masnah Basiri
2. Panorama Sekolah - En. Muhamad Zul-Majdi Bin Dzulkifli
3. Memori SMK Silabukan - En Muhamad Zul-Majdi Bin Dzulkifli
4. Kakitangan Sekolah - Cik Jean Alwisius
5. Laporan Kurikulum - En Muhamad Zul-Majdi Bin Dzulkifli
6. Laporan Kokurikulum - Cik Masnah Basiri
7. Sudut Minda - Cik Masnah Basiri
8. Album Kenangan - Cik Jean Alwisius
9. Sayonara - Cik Jean Alwisius
10. Autograf - En Muhamad Zul-Majdi Bin Dzulkifli
11. Iklan - En Muhamad Zul-Majdi Bin Dzulkifli

BENGKEL HEADCOUNT 2010

Pada 6 Mac 2010 (Sabtu) pihak sekolah SMK Silabukan telah mengadakan satu bengkel Headcount untuk memberi pendedahan kepada guru-guru bagaimana menyediakan Headcount bagi menganalisis pencapaian pelajar di dalam bidang akademik. Penceramah jemputan merupakan kawan lama penulis, En. Sabri Che Seman yang bertugas di SMK Tungku Lahad Datu. En. Sabri merupakan seorang guru Bahasa Melayu yang berpengalaman menanda kertas peperiksaan awam, guru ICT dan juga Guru Cemerlang bagi matapelajaran Bahasa Melayu. Bengkel Headcount ini bermula pada jam 7.30 pagi bermula dengan pengenalan kepada Headcount, instrumen yang berkaitan dengan headcount dan juga Sistem Analisis Peperiksaan (SAP).

Fokus utama bengkel ini adalah pada penggunaan SAP dan bagaimana ia berfungsi di dalam bidang pendidikan. Melalui bengkel ini En. Sabri telah berjaya memperkenalkan SAP kepada guru SMK Silabukan dan bagaimana ia mampu menyelesaikan tugas ketua panitia, guru matapelajaran dan guru kelas. Ia sebuah sistem yang kompleks tetapi mampu menyelesaikan banyak perkara dalam satu masa contohnya seperti menyediakan laporan headcount, analisis mengikut matapelajaran, analisis mengikut individu, analisis mengikut tingkatan, sijil keputusan peperiksaan dan sebagainya. Bagi saya ada beberapa aspek yang perlu ditekankan apabila menggunakan sistem ini iaitu:
1. Penyelaras sistem yang mahir akan selok belok sistem ini.
2. Pembangunan rangkaian yang melibatkan beberapa unit komputer untuk memudahkan guru matapelajaran memasukkan markah.
3. Laporan headcount dan analisis. Bolehkah setiap guru memperolehi salinan laporan analisis dari sistem ini atau guru perlu menyediakan analisis yang berasingan untuk disimpan di dalam fail meja guru matapelajaran masing-masing. Begitu juga dengan salinanan laporan analisis kepada setiausaha unit peperiksaan. Ini bermakna pihak sekolah perlu menyediakan bekalan kertas dan toner printer yang secukupnya untuk kerja-kerja dokumentasi dan sistem fail.