Tuesday, December 28, 2010

Percutian Tanah Tinggi (Genting Highlands) - Part 1

Cuti sekolah hujung tahun ini kami buat keputusan untuk pilih kawasan tanah tinggi untuk bersantai dan rehatkan minda setelah setahun bertukus lumus bertugas di sekolah. Ada cadangan untuk ke Cameron Highland, bukit Fraser, Genting Highland sdan Bukit Tinggi. Setelah merujuk kepada majalah LIBUR - "Selangor Shines", kami sekeluarga decide untuk ke Genting Highlands sebab ada beberapa kawasan lain disekitarnya yang boleh dikunjungi dan juga faktor lokasinya yang tidak terlalu jauh.
Info Genting Highland s:
Genting Highlands atau Tanah Tinggi Genting (2000m di atas paras laut 3°24′6.51″U, 101°46′2.62″T) ialah puncak gunung yang terletak dalam Banjaran Titiwangsa di Semenanjung Malaysia dan merupakan tempat peranginan yang terkenal di Malaysia. Merentasi sempadan negeri Pahang and Selangor, perjalanan ke Genting Highlands mengambil masa kira-kira sejam dengan kereta dari Kuala Lumpur ataupun melalui kereta kabel bergerak yang terpantas di dunia.Diusahakan oleh Tan Sri Lim Goh Tong.
Kami bertolak dari Johor sekitar jam 7.30 pagi dan tiba di Kuala Lumpur sekitar jam 11.00 pagi. Selepas masuk bandar Kuala Lumpur tu pening juga nak cari laluan ke Genting. Banyak kali rujuk peta baru dapat jalan yang betul untuk ke Genting. Tapi bila dah sampai di Genting memang seronok sangat sebab suasana sejuk sangat masa tu dan banyak kabus (mungkin sebab nak hujan). Kami singgah makan tengahari di Gohtong Jaya (ada 2 je restoren melayu) dan terus kan perjalanan mendaki Genting Highlands. Semput juga la kereta nak naik sampai puncak ditambah dengan tiupan angin yang berkabus cemas juga bila jauh sangat mendaki puncak Genting Highlands ni (maklum la skang musim hujan).

D' Hill Hotel

Selepas berjaya sampai ke puncak, agenda seterusnya mencari tempat penginapan. Disebabkan kami plan untuk bercuti lama sket 4 hari 3 malam jadi kene la stay dekat budget hotel "D Hill Hotel"- Family room RM150 perday (Ni la satu2nya budget hotel yang ada kat sini, kalo tak kene cari hotel dekat KL!)

GENTING STRAWBERRY LEISURE FARM


Selepas check in kami berehat dan aktiviti seterusnya adalah melawat Genting Strawberry Leisure Farm yang terletak di Gohtong Jaya. Tak perlu jauh-jauh nak petik strawberry kat sini pun boleh petik sendiri strawberry seberapa banyak yang kita nak (min 100g - RM3).


Pengalaman petik strawberry nie memang best sebab excited nak cari mane strawberry yang masak ranum merah dan besar.
Info : Gune gunting yang disediakan untuk potong srawberry jangan petik guna tangan nanti pokok strawberry tue mati!
Selain itu kat sini juga boleh menunggang kuda padi (pony), meawat booth madu, kebun sayur, kebun cendawan dan membeli pelbagai cenderamata berasaskan strawberry.

No comments:

Post a Comment