Saturday, February 20, 2010

JALAN-JALAN DI DAERAH TAWAU, SABAH

Selasa 16 Feb 2010
Satu minggu cuti sekolah sempena Tahun Bari Cina 2010 kami satu famili setup satu trip pergi daerah Tawau. Hari pertama kami bermalam di Semporna sebuah pekan kecil yang terletak 100km dari bandar Tawau. Semporna merupakan salah satu tempat yang mempunyai daya tarikan tersendiri sama ada pelancong dalam negeri mahupun pelancong luar negara. Fokus utama adalah pulau-pulau yang cantik dan aktiviti scuba diving. Sebab Shasha masih kecil kami hanya menginap di chalet Pusat Pelancongan Perairan Semporna sahaja.
Chalet ini unik sebab ia terletak di atas air sama seperti rumah bajau laut kaum yang terbesar berada di pekan Semporna ini. Selepas check in kami rehat-rehat di bilik sambil menikmati ketenangan dan panorama sekeliling.
Waktu petang lepas Shasha bangun tidur kami melawat sebuah kampung yang digunakan untuk shooting filem "Duyung", Kampung Tampi-tampi. Kampung ini terletak kira-kira 5 km dari pekan semporna. Shasha betul-betul teruja tengok laut yang luas sambil pandang kiri dan kanan. Kami menghabiskan waktu petang dengan menikmati keindahan tepi laut dan ambil gambar untuk kenang-kenangan.