BUKU UNTUK PROGRAM LDP


TAJUK BUKU :

INTERAKTIFKAN LAMAN WEB MENGGUNAKAN BORANG

PENGARANG :
ISKANDAR AB RASHID
ZAITUN ISMAIL

PENERBIT :
VENTON PUBLISHING (M) SDN. BHD.

Untuk anak-anak Malaysia yang cintakan ilmu pengetahuan, khususnya di bidang ICT


SINOPSIS :

Interaktifkan Laman Web Dengan Borang adalah buku yang dituju khas untuk mereka yang ingin membina laman web (laman sesawang) yang mengandungi borang yang berfungsi. Ia amat sesuai untuk pembangun laman sesawang (webmaster), pelajar ICT, pendidik serta sesiapa sahaja yang ingin membina laman web yang mengandungi borang yang berfungsi.

LAMAN WEB DAN DUNIA PENDIDIKAN :
Penggunaan komputer dalam pendidikan telah membawa banyak perkembangan kepada sistem pendidikan yang semakin canggih. Ianya juga membawa reformasi serta perkembangan baru dalam pelbagai bidang pendidikan, khasnya dalam teknologi pendidikan, teori pendidikan, teori pengajaran-pembelajaran, pengurusan sekolah, sistem pentadbiran pendidikan serta kemahiran dan latihan guru.

Penggunaan borang di dalam pembangunan laman web mampu mengubah sesebuah laman web statik kepada laman web yang bersifat dinamik. Melalui penggunaan borang pelbagai fungsi dapat dijalankan seperi forum, soal selidik, sesi pendaftaran dan juga peperiksaan. Namun begitu bagi membangunkan sebuah laman web yang dinamik dan melibatkan pelbagai jenis borang adalah sangat kompleks dan memerlukan masa yang panjang. Bagi mengatasi masalah ini guru-guru boleh menggunakan khidmat blog yang mana ianya telah dilengkapi pelbagai jenis borang, praktikal dan mudah dibangunkan.

Blog (singkatan untuk web log dalam bahasa Inggeris) ialah sebuah laman web yang kemasukan-kemasukannya ditulis menurut urutan kronologi dan dipaparkan dengan tertib terbalik.

Blog memberikan ulasan atau berita mengenai sesuatu tajuk, umpamanya makanan, politik, atau berita tempatan, dengan sesetengah blog berperanan lebih sebagai buku harian peribadi dalam talian. Blog yang tipikal menggabungan teks, imej, dan pautan ke dalam blog, laman web, dan media lain yang berkaitan dengan topiknya. Keupayaan para pembaca untuk meninggalkan ulasan mereka dalam format interaktif merupakan ciri yang utama untuk banyak blog. Kebanyakan blog umumnya adalah blog teks, walaupun sesetengahnya bertumpu pada gambar foto (blog foto), video (vlog), muzik (blog MP3), atau audio (podcasting), dan merupakan sebahagian rangkaian media sosial yang lebih luas.

Melalui blog guru mampu mewujudkan:
1. Sesi perbincangan
2. Pembentangan tugasan pelajar
3. Soal selidik (poll)
4. Mewujudkan Jurnal Reflektif
5. Perbincangan Kajian Tindakan
6. Menyampaikan nota-nota ringkas / peta minda
7. Makluman kepada ibubapa / penjaga
8. Semakan keputusan peperiksaan

CONTOH BLOG PENDIDIKAN :

Blog Mohd Azam Bin Ahmad - Guru Cemerlang Bahasa Melayu
ttp://ajamsari.blogspot.com/

Blog Cikgu Hj Saiful Nizam Hj Mohamed Radzi - Guru Cemerlang Pendidikan Islam
http://abuafif08.blogspot.com/

Blog Cikgu Rahmah - Guru Cemerlang Bahasa Inggeris
http://engoasis.blogspot.com/

Blog Guru Cemerlang Media
http://ismailbinyon.blogspot.com/

Blog Unit Matematik Sek. Men. Sains Muzaffar Shah, Melaka
http://mathsmozac.blogspot.com/

Blog Kelab Astronomi Sek. Men. Sains Muzaffar Shah, Melaka
http://mozacastronomy.blogspot.com/

0 comments:

Post a Comment